Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Friday, July 12, 2013

" Ahlan Wasahlan, Ya Ramadhan "



 Assalamualaikum awak semua.




Oh ya, rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan salam ramadhan Al-Mubarak to all muslims. Sudah 3 hari kita berpuasa. Berharap sangat Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang sangat bermakna buat saya dan of course buat kalian juga, kan?




Dear sahabat,

Sempena bulan paling mulia ini, banyak-banyak kan lah membuat perkara yang baik. Sebab apa? Sebab boleh jadi ramadhan kali ini mungkin adalah ramadhan kita yang terakhir kalinya. Ajal maut kita takkan tahu bila masanya kan. Tapi janganlah bulan ni aje kita buat amal, biarlah ianya berterusan sehingga ke penghujung nyawa. Malulah kan kalau di bulan Ramadhan ni kita masih lagi berbuat dosa kerana itu adalah nafsu diri kita sendiri dan bukannya hasutan syaitan. Ingat bebaik.




 Awak. Ha awak. Lagi satu. Hihihi pakai ayat ni lagi. Awak nak tahu? In this month, para malaikat akan memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka termasuklah pintu Syurga dibuka seluasnya dan pintu Neraka ditutup serapatnya. Allahu. Nikmat-Mu Ya Allah, tiada bandingannya. So tunggu apa lagi, jom beribadat!




Untuk hawa,

" Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. " - Hadis Riwayat Ahmad -




Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.                          



    Banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan ni. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat, tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

    Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati, memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Fight for LailatulQadar!!! 



                                                                              

    Jari jemari runcing menaip,
    Shamilaidayu