Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Saturday, February 6, 2016

Hati yang tertangguh.

Bismillahirahmanirahim.


Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ni, tapi apa yang aku pasti, 'rasa' ni aku simpan dalam-dalam. Mahu dikata sayang, apatah lagi mahu dikata benci. Sungguh aku keliru. Benar,  jika hari hari nama kamu tak berkesudahan, di pelosok jauh mana sekalipun aku menjauh mahupun si teruna itu, tetap sahaja ia ada. Sampai pada satu saat hingga perasaan ini sudah tak tertangguh, aku bawa diri ke tempat baik sedangkan untuk mensucikan hati sendiri pun kau masih berkejaran empat hari berturut-turut di dalam mimpi. Jauh termenung aku hari itu. Sudah ditepis dalam segala hal sekalipun, tapi tetap sahaja ia tak berganjak. 


Datanglah pelbagai bentuk posisi ujian yang datang, ujian hati ni lah yang paling melemahkan. Dan aku anggap ujian ini untuk mematangkan aku, bagaimana untuk seimbangkan dari kedua-dua. Dan aku juga sentiasa percaya yang manusia ni ada kekuatan dan dugaan masing masing. Ada hal hal sendiri yang dijuangkan. Dalam hidup sesiapa pun, akan ada terjumpa titik jatuh. Kerana manusia ni memang dicipta sebagai hambaNya yang akan kembali memohon kepadaNya. Itu fitrah. 


Tiada yang namanya 'kebetulan', kerana setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Kadang kadang Allah temukan kita dalam kelompok atau orang yang salah, supaya kita kenal erti 'betul'. Kadang kadang Allah temukan pula kita dalam kelompok atau orang yang betul, adalah supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.


So, persoalannya ; Bagaimana nak lalui ?


Bende ni terpulang kepada manusia itu sendiri untuk gunakan inspirasi dan jalan yang Allah beri, setiap hari. Kadangkala kita terjumpa orang,terlihat keadaan, terbaca perkataan. Dan sebenarnya di situlah kita diberi petunjuk dan kekuatan. So benda ni berbalik kepada kita bagaimana nak memanfaatkan. Dengan hati-hati, dan senang hati. Hakikatkannya sesuatu ujian tu tak lama mana pun, cuma sukar dan debarnya itu yang meragut siksa. Tapi percayalah, dengan usaha dan doa yang sarat dengan sabar itu takkan pernah Allah katakan ia adalah suatu yang sia-sia. 

Takkan diuji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. Bahu yang dicipta Allah hanya untuk kadar bebanan yang dah ditentukan. Sebab aku tahu, kesedihan ini tidak akan kekal lama. Allah itu maha mengetahui. Allah itu sudah mengaturkan yang baik-baik. Sebab Dia yang mencipta diri, maka Dia tahu apa yang terbaik. Kalau rasa dia berbaloi untuk kamu tunggu, maka tunggu.


Ya, aku cuba menulis sesuatu yang boleh menenangkan, untuk siapa juga kalau bukan untuk diri sendiri.











Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

No comments:

Post a Comment