Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Saturday, June 8, 2019

Tentang Ikhlas.

Bismillah.

tiada apa yang aku ingin ungkap, pedih itu hanya aku yang ulang ulang merasa. sampai satu tahap rasa ini terlalu memuncak, sehingga melampau dari akal aku sendiri. aku rasa sangat teruk, dah tentunya aku rasa down teramat sangat. aku taktau apa aku nak jadikan perasaan yang aku rasa ni menjadi sebuah satu 'istilah' kerana yang cuma tau dan faham, adalah aku sendiri.

aku rasa nak jauh dari semua orang. aku nak menghilang selama mana hati aku akan kembali pulih. untuk tempoh berapa lama aku tak kisah, asalkan aku nak kembali pada diri aku balik. aku menaip pun terketar; berkaca mata.


aku dapat rasa dia tak ikhlas, entahlah. aku tak tahu dengan siapa lagi aku nak mengadu nasib, cukuplah dengan tuhan aku sujud mengadu berbagi rasa.

layakkah aku ini untuk seorang lelaki seperti itu?
wanita sebeginikah yang dia cari?

sungguh aku rasa tak layak, pipit manakan sama mahu terbang tinggi dengan enggang.

No comments:

Post a Comment